Resepiseterusnya ini bukan saja mudah Resepi ayam ungkep azie kitchen. Kalau ikut resepi ini sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap Resipi Ayam Masak Ungkep Buat Penggemar Masakan Jawa Mudah Sangat Food Malaysian Food Recipes. Resepi Kangkung Goreng Belacan Sedap Pin Di Traditional Food Memang sedap sehingga saya makan mengulang
Senanguntuk masak masa raya nanti kalau resepi untuk 2 ekor ayam terus. Rendang ini lebih sedap dikacau lama lama dengan api kecil sehingga berwarna gelap. Oleh kerana bahan bahan dihiris dan ditumis terlebih dahulu, rendang ini sangat tahan lama dan lambat basi. Saya bercadang untuk menggunakan resepi ini untuk masakan rendang pada hari raya
Bahanbahan: 1 ekor ayam, potong , bersihkan dan toskan. 2 cawan santan cair. 1 cawan santan pekat. 2/3 cawan kerisik. ½ cawan rempah kari daging. 4 helai daun kunyit (koyakkan) 2 helai daun limau purut (koyakkan) 1 sudu besar pati ayam.
Bilaayam separuh masaktambah asam keping dan garam dan gulaTutup periuk dan kacau sekali sekala. Rendang sajian warisan berzaman memang disukai rakyat Malaysia. Resep Masak Rendang Daging Ayam yang Mudah Rasanya Tak Kalah Nikmat. Untuk yang nak mula belajar masak redang boleh follow resepi rendang ayam yang padu in. Apalagi dengan mengikuti 1
diharijumaat yang mulia ini ialah nasi ayam Sebut jer nasi ayam pasti ramai orang sukakanSalah satu resepi yang amat sedap pada selera Uj Resepi dari dapur Azie kitchen di sini Ini. tetapi Resepi, Aneka Resepi Masakan 2016, Pelbagai Resepi, Resepi Terbaik, Resepi Sedap, Resepi Enak, Resepi Ayam, Resepi Kuih, Resepi Ikan, Resepi Daging, Resepi
tXUgv. Last updated Jul 18, 2021 Hari ini saya nak kongsi resepi rendang ayam yang sedap. Masakan istimewa ini, aroma kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis. Resipi rendang ini sangat mudah dan sedap. Menu ini cukup popular dan disajikan pada hari raya. Jika teringat pada kampung halaman pada musim perayaan ini, anda boleh cuba resepi ini. Lagipun menu rendang ayam ini antara masakan wajib. Sesuai dimakan dengan nasi putih, lemang, ketupat mahupun roti. Jika dijadikan lauk roti jala pun sedap! Resepi Rendang Ayam Pedas versi Perak Azie Kitchen Bahan-bahan 2 ekor ayam – dipotong 14 1 kg santan segar 1 biji kelapa parut 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 keping asam keping 1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa Bahan Kisar 15 – 20 tangkai cili kering – saya guna 8-9 sudu besar cili kisar 2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup Bahan Hiris 8 batang serai 2 inci halia 20 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 2 helai daun kunyit Cara-cara Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap. Nota Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam. Resepi Rendang Ayam Cili Padi Nogori Azie Kitchen Rendang Ayam Cili Padi Nogori Sumber Azie Kitchen Bahan-bahan 1 ekor ayam 1 – 1 1/2 kotak santan kotak 2 – 4 batang serai – ketuk 2 sudu besar cili kering kisar – opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan 1 keping asam keping 4 keping daun limau purut – opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja 1 sudu besar kerisik Garam Gula Sedikit serbuk kunyit – jika perlu Minyak untuk menumis Bahan Kisar 10 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 inci halia 7-10 tangkai cili padi kampung – boleh tambah 4 hirisan nipis lengkuas Cara-cara Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini. Saya memang suka rasa dan bau daun limau purut. Atau boleh juga masukkan daun kunyit. Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati. Resepi Rendang Ayam Johor Rendang Ayam Johor Sumber Resepi Sedap Bahan-bahan 1 ekor ayam, potong , bersihkan dan toskan 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 2/3 cawan kerisik ½ cawan rempah kari daging 4 helai daun kunyit koyakkan 2 helai daun limau purut koyakkan 1 sudu besar pati ayam ½ sudu besar gula 4 keping asam keping garam secukup rasa Bahan Tumis 1 batang kulit kayu manis 3 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 2 batang serai titik sedikit minyak Bahan Kisar 12 batang lada kering rendam air hangat 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 ½ inchi kunyit hidup 1 ½ inchi halia dihiris 1 inchi lengkuas dihiris 4 batang serai dihiris Cara-cara Panaskan minyak, kemudian masukan bahan tumisan, tumis hingga naik bau Kemudian masukkan bahan kisar dengan rempah kari sekali. Masakkan sampai pecah minyak rempah itu. Masukkan ayam, separuh daun kunyit dan santan cair, kacau rata. Jika ayam nampak masak dan kuah makin kering masukkan pula santan pekat, pati ayam, gula, asam keping, garam dan kerisek. Kacau rata. Pelahankan api, akhir sekali masukkan daun limau purut dan baki daun kunyit tadi. Kacau rata dan biarkan kering sedikit. Matikan api dan hidangkan. Resepi Rendang Ayam Utara Rendang Ayam Utara Sumber Masak Ala-ala Chef Bahan-bahan 1 kg ayam, potong ikut selera anda 3 sudu besar kerisik 2 senduk minyak, untuk menumis 2 cawan santan pekat 1 cawan santan cair 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar 2 keping asam keping 2 sudu besar sos tiram Bahan Kisar 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 biji bawang besar 2 cm kunyit hidup 2 inci lengkuas 2 inci halia 2 batang serai, hiris nipis 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus Cara-cara Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah. Nota Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak. Resepi Rendang Ayam Gula Melaka Rendang Ayam Gula Melaka Sumber Bella Jamal Bahan A 2 ekor ayam 2 kotak santan kotak kecil 1 paket kerisik 1 ketul gula melaka/gula merah dihancur 3 batang serai dititik 3 helai daun kunyit 2 asam keping Daun limau purut Bahan B bahan kisar 2 genggam cili kering 5 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 inci halia 3 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup Cara-cara Rebus cili kering sampai layu. Masukkan sedikit minyak untuk senang cili korang hancur. Minyak tu agak-agak lah dengan cili yang nak dikisar. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau rata. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, daun limau purut dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Confirm sedap kalau korang cuba buat. Selamat memasak! Resepi Rendang Ayam Tok Rendang Ayam Tok Sumber Resepi Sedap Bahan-bahan ½ ekor ayam fresh dipotong 4-5 dan dicuci bersih 250 ml santan pekat ½ cawan air 4 helai daun limau purut dicarik 2 paket kecil kerisik 2 lembar daun kunyit dihiris tipis 1 keping asam keping 1 ½ sudu besar gula pasir 1 ½ senduk minyak untuk masak Perasa secukup rasa Garam secukup rasa Bahan Kisar Halus Panaskan minyak secukupnya dikuali dan tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak. Seterusnya masukkan asam keping dan gula. Tumis lagi sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan kerisik, daun limau purut serta santan dan air. Pastikan selalu dikacau bagi elakkan santan daripada pecah minyak. Biarkan santan mendidih, barulah dimasukkan ayam yang dipotong tadi. Masak dengan api kecil selama 30 minit supaya ayam mula empuk, seterusnya sesuaikan rasa bersama garam dan serbuk perasa. Taburkan hirisan daun kunyit. Biarkan kuah rendang memekat dan sesuaikan rasanya. Angkat dan sajikan. Resepi Rendang Ayam versi Melaka Rendang Ayam versi Melaka Sumber Diina Ardina Bahan-bahan 2 ekor ayam Santan – 2 biji kelapa Kerisek Daun kunyit Daun lumau purut Bahan Kisar Bawang merah Bawang putih Halia Serai Kunyit hidup Lengkuas Cili kisar Cara-cara Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Masukkan cili. Kacau dan pastikan betul-betul garing. Masukkan ayam. Kacau. Masukkan santan. Tunggu dan kacau sekali sekala hingga pekat. Jangan gunakan santan yang terlalu cair-lama kena tunggu nanti. Ayam pun hancur. Masukkan perasa dan kerisik. Masukkan daun limau purut. Bila hampir kering, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Siap! Sesuai dimakan dengan ketupat untuk hari raya. Penutup Ditambah dengan hirisan daun kunyit dan daun limau purut, pastinya menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini. Daun kunyit merupakan sejenis daun yang selalu dicari terutama dimusim perayaan orang Islam pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji. Daun kunyit dan daun limau ini, menaikkan aroma keenakan rendang ayam. Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Sajian bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan yang menggunakan santan menjadikannya lebih enak dan ya! Anda boleh cuba Resepi Ayam Masak Kuzi ini. Jika inginkan masakan ringkas anda boleh cuba Resepi Singgang Ikan ini. Jom cuba resepi ini 5 Resepi Popia Nestum Sedap Dan Rangup 10 Resipi Kuih Tradisional Yang Best 24 Resepi Durian Sedap Dan Mudah Penggemar Raja Buah Wajib Cuba! 19 Resepi Cucur Sedap Dan Rangup Cukup Senang Nak Goreng Bila Lapar
Selain rendang daging, rendang ayam juga merupakan juadah pilihan ketika Hari Raya. Enak dimakan bersama ketupat, lemang dan nasi impit. Di sini kami kongsikan beberapa resepi rendang ayam untuk anda cuba. Tak semestinya semasa Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha sahaja boleh makan rendang, bila-bila masa pun boleh! 1. Resepi Rendang Ayam Mudah dan Ringkas Bahan-bahan rendang ayam 1 ekor ayam 2 cawan santan 2 sudu kerisik 2 asam keping 1 helai daun kunyit diracik halus 3 helai daun limau purut dihiris kasar Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Bahan kisar 20 biji cili kering 2 biji bawang besar 4 biji bawang merah 9 ulas bawang putih 4 batang serai 3 inci kunyit hidup 3 inci halia 3 inci lengkuas Cara buat rendang ayam Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan santan dan ayam. Gaul rata. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam dan gula. Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata dan siap. Sumber Zaky Mat Ali dari Masak Apa Hari Ni 2. Resepi Rendang Ayam Hancur Lembut Bahan-bahan rendang ayam 1 ekor ayam 3-4 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 5 tangkai cili hidup merah + hijau 1 inci lengkuas 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 2 batang serai 2 biji buah keras Rempah 3 beradik 2 senduk cili kisar Serbuk kari ayam 300g kerisik 1 cawan santan segar Gula kabung / nisan Garam, serbuk hilal Daun kunyit diracik halus Daun pandan Cara buat rendang ayam Kisar bawang besar, bawang putih, cili, lengkuas, halia, kunyit hidup, serai dan buah keras. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan bahan kisar. Tumis sehingga bau wangi dan garing. Masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak betul-betul. Perlahankan api. Masukkan kerisik, ayam dan santan. Masak sehingga kuah pekat. Api kena perlahan. Masukkan garam, gula kabung dan serbuk perasa. Bila kuah sudah pekat, padam kan api dan tabur daun kunyit. Nota Jika tidak suka ayam hancur, boleh goreng ayam terlebih dahulu separa masak. Sumber Fatyn Zamry dari Masak Apa Hari Ni Bahan-bahan rendang ayam 1 ekor ayam 8 batang serai* 5 biji bawang besar* 3 biji bawang putih* 1 inci halia* 1 inci lengkuas* 4 sudu cili kisar 2 asam keping 5 sudu kerisik 500g santan 2 sudu rempah kari ayam 1 sudu serbuk jintan manis 1/2 sudu serbuk kunyit 4 helai daun kunyit 2 tangkai daun limau 1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang Garam, gula dan serbuk perasa Cara buat rendang ayam Kisar halus bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan kisar dan cili kisar. Biarkan seketika, masak dengan api perlahan. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Tambahkan secawan air. Tumis hingga pecah minyak dan sedikit kering. Masukkan daun limau dan kerisik. Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan. Setelah masak, taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit. Siap. Sumber Senz Ahmad dari Masak Apa Hari Ni Akhir kata Sekian perkongsian resepi rendang ayam dari kami. Untuk lauk-lauk ayam yang lain, jemput tengok resepi ayam masak merah yang sesuai digandingkan dengan nasi tomato. Kalau tekak mahu rasa makanan Thailand, bolehlah cuba resepi paprik ayam. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami ini. Selamat mencuba!
resepi rendang ayam sedap azie kitchen